Motor jenama Honda ADV 150 dan secara am nya Honda ini sedikit sebanyak terkenal dengan ketahanan jentera buatan nya. Tidak dinafikan lagi dari zaman atuk dan abah aku lagi, honda sudah pun wujud di Malaysia.
Pada zaman tuh, jenama terkenal ialah Honda Cup 50cc, 65cc dan seterusnya 70cc, 90cc, dan bermacam-macam lagi model keluaran Boon Siew Honda di Malaysia.
Tahun 2021 munculnya jenama Honda ADV 150 di pasaran tanahair, Malaysia. Model ini didatangkan dengan dua variasi warna iaitu hitam dan merah.
Harga pasaran pula sekitar RM11,000.00 hingga RM13,000.00. Honda ADV 150 digerakkan oleh enjin sama seperti PCX 150, iaitu unit satu silinder suntikan bahan api PGM-Fi SOHC 149.3 cc, bersama padanan transmisi automatik V-Matic untuk menghasilkan kuasa 14.6 hp pada 8,500 rpm dan 13.9 Nm tork pada 6,500 rpm.
![](https://matjeyvlog.com/wp-content/uploads/2022/07/adv-150-profile-min.png)
![](https://matjeyvlog.com/wp-content/uploads/2022/07/2021-honda-adv-150-price-specs-malaysia-150cc-adventure-scooter-9-1024x683.jpg)
5 Fakta Menarik berkenaan Honda ADV 150
Mengambilkira pasaran negara Asia yang lebih luas bagi skuter kapasiti kecil, Honda bertindak bijak memperkenalkan ADV 150 yang sebenarnya dibina menerusi platform sedia ada – Honda PCX/Vario.
Apa yang menarik tentang skuter ini? Berikut kami senaraikan lima fakta menarik;
1
Seperti yang diberitahu tadi, Honda ADV 150 merupakan versi 150 cc dari abang besarnya, X-ADV. X-ADV sendiri sebenarnya adalah percubaan berani dari Honda yang diasaskan dari Honda Integra, skuter 750cc dalam keluarga Honda pertama yang menggunakan transmisi klac berkembar (DCT) dan roda belakang dipacu rantai sepertimana motosikal biasa.
Meskipun berbeza karekter model dengan versi 745 cc, X-ADV dianggap bakal menjadi pesaing NVX dan NMAX. Ia didatangkan dengan karekter serupa, sebuah enjin satu selinder yang dipacu talisawat transmisi CVT.
2
Rekabentuknya memang sangat berbeza dengan varian skuter lain yang ada di pasaran. Ia lebih moden dan futuristik malah ramai yang menggelarnya mirip kapal angkasa. Ia sebenarnya lebih kepada karya seni berbanding pandangan rekabentuk kejuruteraan motosikal.
Bahagian hadapannya dipadankan dengan lampu utama jenis LED dengan lekukan badan yang agresif.
Bahagian pemijak kakinya cukup luas dan selesa membolehkannya ditunggang selesa baik dekat ataupun untuk jarak jauh.
3
Memiliki dimensi Panjang x Lebar x tinggi : 1.950 x 763 x 1.153 mm, jarak roda : 1.324 mm, jarak kelegaan bumi: 165 mm, ketinggian tempat duduk : 795 mm, berat serta berat keseluruhan 132kg.
Gabungan ini merupakan saiz yang ideal bagi sebuah skuter kompak untuk kegunaan harian, di dalam bandar dan cukup tinggi untuk menempuh laluan off-road ringan.
4
5
Ciri-ciri adjustable windscreen ini merupakan yang pertama kali digunakan di motor skuter 150cc. Cermin hadapan boleh dilaras pada dua posisi.
Fungsi ini lazimnya hanya terdapat pada skuter atau motosikal adventur yang lebih besar. Ia berperanan untuk memberikan fleksibiliti perspektif pa bagi pengendara. Posisi rendah membuat untuk sudut pandangan lebih baik, sementara tinggi pula memberikan perlindungan terhadap angin yang sesuai untuk perjalanan jauh.
Skuter Pilihan
Aku tertarik dengan motor jenis skuter ni sejak sekian lama dan keadaan serta perjalanan ke tempat kerja memerlukan aku sebuah jentera yang boleh dipercayai, menguatkan lagi impian untuk sebuah skuter. Padu
Ketika duk timbang tara antara dua model yang terhangat di pasaran sekarang, Yamaha NVX dengan Honda ADV 150 (berdasarkan pada kewaangan semasa), puas lah aku duk belek-belek.
![Yamaha NVX](https://matjeyvlog.com/wp-content/uploads/2022/07/yamaha_nvx_abs_v1_1639960852_6a3f77bd_progressive-1024x768.jpg)
Hasil Keputusan
Atas beberapa faktor di bawah, aku pilih Honda ADV 150 sebagai jentera skuter matik pilihan.
- Model keluaran terbaru
- Lebih sporty
- Level Sport Adventure dalam satu masa
- Tampak lebih garang
- Paparan meter terbaru
- Handle bar ala-ala naked
- Cangkuman aksessori tambahan yang banyak
- Ada windshield kat depan macam motor touring..hehe
- Yamaha NVX tetap hebat dan gah dalam kelas nya yang tersendiri namun Honda ADV lebih menepati citarasa aku. Korang bagaimana?
Baca juga bagaimana cara aku modifikasikan spotlight pada Honda ADV 150 di sini.