Ketahui Cara Pemasangan rak bumbung Pada Perodua Kenari anda

Cara pemasangan sendiri Roof Rack (90CM) pada kenderaan jenis Perodua Kenari. Ikuti langkah demi langkah pemasangan sendiri di rumah.

Semacam suatu trend sekarang ini apabila banyak aku dapat lihat kenderaan yang pasang roof rack. Bahkan, kebanyakkan kereta baru juga ada disertakan sekali roof railing untuk pembeli sebagai alat tambah pada kenderaan tersebut.

Justeru itu, aku terjebak jugak nak pasang pada Perodua Kenari aku yang tak mempunyai roof railing ni. Cara dia, aku beli roof rack aftermarket yang aku beli di Shopee. Harga murah, kualiti pun boleh tahan dan seller pun cepat pos kan barang nya.

Bagi aku, roof rack ni banyak kegunaan dia sementelah aku yang berkeluarga ni bila balik kampung, naik pulak kereta kompak ni, ruang barangan terhad. Cara alternatif, adalah menambah ruang barangan pada bumbung.

Sebagai salah satu perkongsian dalam ruangan DIY & Tutorial, aku cuba terangkan serba sedikit cara pemasangan roof rack ni pada Perodua Kenari korang.

Kat Mana Nak Beli?

Bagi yang berminat untuk pasang kan juga roof rack sama macam yang aku pakai ni iaitu jenis 90cm, korang boleh dapat kan di laman web shopee dan link nya ada aku sertakan kat bawah.

Selain daripada shopee, korang boleh juga belek kat fascebook marketplace yang mana kadang-kadang ada seller yang jual kat situ dalam bentuk baru atau pun terpakai. Walau kat mana pun korang pilih untuk beli, pastikan saiz nya ialah 90cm. Jika bukan yang 90cm, korang mungkin terlebih panjang ataupun terlalu pendek untuk kereta atau Perodua Kenari korang.

Jika diikutkan, roof rack ni senang aje pasang nya. Ya lah, bagi yang dah biasa pasang akan merasa senang. Bagi yang baru nak cuba pasang, akan sedikit keliru dengan kertas instruction yang dibekalkan. Aku sendiri pada mula nya sedikit terkial dalam memproses kertas arahan yang diberikan.. haha.

Korang jangan risau, aku akan cuba sedaya upaya agar penerangan tentang cara pasang roof rack nih semudah A, B, C. Tak cukup dengan penulisan blog, aku sertakan juga tutorial nya dalam bentuk video di laman YouTube aku.

Video Tutorial Pemasangan

Nota Tambahan

Bagaimana dengan penerangan yang aku cuba sampaikan? Adakah ianya jelas dan bermanfaat? Semoga dengan penerangan dan pencerahan yang aku berikan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses untuk korang pasang sendiri Roof Rack nya pada Perodua Kenari korang sendiri.

Jika ada sebarang komen dan pertanyaan, aku sedia menjawab secepat mungkin. Dengan adaya input dari korang yang membaca blog aku ni, diharapkan dapat memberi semangat untuk aku menerus kan penulisan seterusnya.

Kesimpulan

  • Pemasangan sangat mudah dan cuma memakan masa di bawah 1 jam
  • Perlukan alatan yang sesuai seperti cutter besi atau gergaji
  • Sedikit mencabar untuk mengetatkan lock mechanism pada kereta
  • Masih buntu macam mana nak tanggalkan strap nya selepas kita kunci
  • Jika taknak pakai atau nak buka semula roof rack, terpaksa tuil kan pencangkuk pada frame kereta.

Share:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bacaan Tepi

Categories

Need a few Halloween email subject lines for your seasonal email marketing strategy? We’ve got you!

Related Posts

Scroll to Top